Home » Helicopters » MD Helicopters » MD 530 » 3 buah Helikopter MD-530G Tentera Darat Malaysia telah siap

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengesahkan sebanyak 3 buah helikopter MD530G Tentera Darat Malaysia telah siap sepenuhnya.

Beliau menyatakan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

“3 buah helikopter telah siap sepenuhnya tapi sedang menunggu pensijilan dari Angkatan Tentera Malaysia,

“Kita sepatutnya telah menghantar pegawai ke Amerika Syarikat untuk melakukan pemeriksaan dan pensijilan namun terhalang kerana wabak COVID-19,

“Pada ketika ini, kita merancang untuk menghantar wakil ke sana pada akhir Ogos ini namun keadaan tidak menentu di Amerika Syarikat akan menjadi penghalang,” jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, 3 buah helikopter lagi belum siap sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan perolehan kesemua 6 buah helikopter MD530G tetap diteruskan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019.

Pada akhir tahun lalu, pihak Kementerian Pertahanan menyatakan kelewatan penghantaran helikopter MD530G adalah berpunca dari isu teknikal yang berkaitan Syarikat Pembuat Asal (OEM).

Pada November 2016, Halaman Optima telah menandatangani kontrak pembekalan enam buah helikopter MD530G bernilai RM 321.9 juta. Pada Februari 2017, Destini Prima telah mengambil alih syarikat pembekal melalui pembelian saham sebanyak 70%. – airtimes.my

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Categories